1839–1864 | |||||||||
Bendera | |||||||||
Status | Negara pelanggan Siam | ||||||||
Ibu negara | Kota Pulau Pisang | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Melayu, Melayu Kedah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1839–1853 | Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman | ||||||||
• 1853–1863 | Tunku Haji Ishak bin Tunku Muhammad | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Penubuhan Kubang Pasu | 1839 | ||||||||
• Penyatuan Kedah | 1864 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Thailand Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Kerajaan Kubang Pasu Darul Qiyam (Jawi: کراجاءن کوبڠ ڤاسو دار القيام; Bahasa Thai: เมืองกุปังปาสู ; RTGS: Mueang Kupạngpasu[1]) merupakan sebuah Kerajaan Melayu bersejarah yang terletak di utara Tanah Melayu.[2] Negeri ini ditubuhkan pada tahun 1839 sebagai penghormatan kepada Tunku Anum, seorang ahli kaum kerabat diraja Kedah atas usahanya mengembalikan hubungan diplomatik antara Kedah dengan Siam semasa Perang Musuh Bisik pada tahun 1821.[3] Kerajaan ini menyaksikan pemerintahan dua orang raja sebelum disatukan semula dengan Kedah pada tahun 1864.[4]